Bertemu kembali buat rakan-rakan maya semua. Sudah agal lama saya tidak berbicara dan menjenguk ke jendela maya yang terbentang dan terbuka luas ini. Hal ini kerana saya terpaksa merehatkan diri buat seketika kerana faktor kesihatan setelah melahirkan anak saya yang kesembilan. Apa pun, syukur kepada ALLAH kerana sehingga kini kesihatan saya bertambah baik, kecuali bagi anak saya yang perlukan rawatan susulan ekoran penyakit kuningnya yang agak lambat sembuh. Sehingga kini ( setelah 20 hari kelahirnyanya ) saya masih perlu membawanya ke hospital dan klinik untuk rawatan susulan. Semoga anak saya cepat sembuh. Insya ALLAH
Sementelahan saya dalam zon dan waktu berpantang ini, ingin saya kongsikan dengan tetamu maya sekalian akan menu bagi orang yang berpantang selepas bersalin. Pastinya bagi wanita-wanita selepas bersalin amat arif akan menu dan selera semasa berpantang selepas bersalin ini. Kesempatan saya berada di wad bersalin sejak sekian lamanya melahirkan anak ( sudah sembilan kali ), pelbagai pesakit telah saya temui. Pelbagai kaum dan latar budaya sudah saya temui. Pastinya tidak terkecuali dalam bual bicara itu termasuk dalam hal yang berkaitan dengan menu ketika dalam pantang. Agak sukar untuk saya jelaskan di sini, tetapi apa yang boleh dikatakan bahawa pelbagai latar dan budaya serta kaum yang saya temui, menemukan saya juga pelbagai menu yang diamalkan semasa wanita berpantang. Malah ada yang agak pelik dan sukar juga untuk dilaksanakan.
Namun antara yang agak popular adalah menu ikan haruan. Saya dapati ikan haruan ini hampir ada dalam senarai menu wanita bersalin bagi semua kaum di negara kita. Mungkin kita boleh mencubanya dengan cara masakan di bawah, walaupun saya sendiri belum berkesempatan mencubanya. Maklumkah.. nak memasak sendiri, kuasa badan tidak mengizinkan. Cuba-cuba juga menjolok suami agar memasaknya... Jawabnya mudah dan simple.. Beli je pati haruan kat farmasi..
Cubalah...
RESIPI SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris
Cara menyediakan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan
No comments:
Post a Comment